Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Blog EntryFeb 4, '12 3:41 AM
for everyone

dah lama tak update multiply kerana komputer aku diserang virus. Mula-mula komputer di ofis kemudian notebook pulak. mujurlah ada member yg boleh membantu. skrg dh boleh melayari semula weblog aku ni sebab rasanya dh lama sgt tak update kan? mungkin kenkawan rapat dh tau perkembangan terkini ttg aku melalui fb tp dari segi penulisan tk byk yg aku berkesempatan menulis spt dulu.

Sebenarnya hobi menulis ni dh lama aku ada sejak aku di bangku sekolah rendah lagi tp aku tak pernah ambil serius tentangnya. Aku hanya menulis berdasarkan cetusan idea yg hadir dari ilham yg Allah berikan. Bagaikan satu kepuasan sekiranya aku dapat tulis kembali apa yg terbenak di pemikiran. Kiranya mcm luahan perasaan lah kan? tak kiralah ada orang nak membacanya ke tidak, mcm diari pun ye. hehehe. kenapa? sbb aku ni ada penyakit pelupa. jika aku tk tulis di mana-mana aku tak akan ingat peristiwa itu, short memory? lost memory? entahle..kalo aku kata aku tak ingat dan tak boleh nak flash back sesuatu perkara, jgn kecil hati, mmg aku tak ingat lansung. agaknya kapasiti memori aku rendah kot? kelemahan aku tu juga membuatkan aku terpaksa membaca sebuah buku berulang kali di muka surat yg sama. Sesuatu yg aku nyampah nak buat , baca berulang kali tp masih lg bebal tak faham apa sebenarnya yg aku tgh lakukan. Minta-minta dijauhkan aku dr penyakit nyanyuk bila tua nnti. Aku pernah kene marah ngan seorang akak ni, dia tukang jahit aku kerana aku terlupa nak ambil baju tempahan suamiku. bila dia tanya nama suami aku sapa, alamak! terlupa le kak, jap eh sy tgk salinan ic dia dulu. Berjela-jela panjangnya dia bersyarah petang tu tentang perangai aku yg pada dia sgt kritikal. perghhh..sabo je lah.

oklah..akanku sambung catatan aku pada hari yg lain nnti. ini saja terapi yg aku rasa paling sesuai utk aku kurangkan stres, menguatkan daya ingatan dan yg penting aku suka menulis


Add a Comment
   
© 2012 Multiply · English · About · Blog · Terms · Privacy · Corporate · Advertise · API · Help · Sitemap

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.