 | Assalamualaikum warah matullah | Jun 23, 2006 |
SELAMAT DATANG KE WEBLOG SAYA.. SILA TINGGALKAN KOMEN JIKA ADA.. Cuba bayangkan situasi seperti ini, anda sedang memandu atau sebagai penumpang di dalam sebuah kenderaan dan secara tiba-tiba di hadapan anda berlaku kemalangan atau anda sendiri yang terlibat dengan kemalangan tersebut, apakah tindakan anda selanjutnya? Inilah yang berlaku pada aku hujung minggu lepas. Malam tu selepas Isyak, aku bersama rakan-rakan kariahku ingin memenuhi undangan majlis doa selamat di sebuah rumah yang terletak di kawasan tempat kami. Kemalangan melibatkan sebuah van dan sebuah motor di mana van yang membawa rakan rakan kariahku ingin masuk ke lorong sebelah kanan telah bertembung dengan seorang lelaki berbangsa Pakistan yang datang dari jalan lurus. Van tersebut dah pun memberi isyarat utk membelok tetapi malangnya dia tidak memberhentikan kenderaanya dan mungkin dia ingat motor tu sempat membrek semasa dia lalu sementara kami di belakang menaiki sebuah kereta dalam jarak tak sampai 5 meter tp sempat lah membrek motor yang melanggar tepi van tersebut dan terpelanting di hadapan kami. Apalagi mengucap panjang le kami tapi mujur kami tak melanggarnya. Aku spontan terus keluar dari kereta kerana aku tengok pemandu motor tu tidak bergerak gerak tetapi mata dia berkelip. Tujuan aku keluar untuk memastikan pemandu motor tu tidak dilanggar kenderaan lain kerana ia berlaku di jalan besar dan pastinya banyak kenderaan besar seperti lori dan bas yg akan melalui kawasan itu. Aku cuba nak alihkan tapi aku takut, lalu aku panggil orang yg lalu lalang yg memberhentikan kenderaan dan sama sama mengangkat pemandu motor tu ke tepi jalan. Dalam samar-samar lampu jalan aku tengok muka dia dah berlumuran darah. Puas tanya nama, suruh mengucap tapi yang kedengaran hanya bunyi nafasnya sahaja. Suasana jadi sesak bila ramai yang hanya ingin melihat tapi tak tahu nak buat apa. Nasib ler baik ada 2 orang hamba Allah (sepasang suami isteri) yang aku rasa memang bekerja di hospital kebetulan lalu di situ dan terus menghampiri dan memakai glove seterusnya memeriksa keaadaan si mangsa. Oleh kerana kurang peralatan dia tak dapat nak buat apa-apa. aku cuma membantu apa yg patut dan ambulans pun dipanggil tp tahu je lah kalau panggil ambulans, bukannya 5 min, 10 min, walaupun hospital berdekatan tak sampai 5 min perjalanan sekalipun. Rakan aku yang melanggar tu, hanya mampu menangis di tepi jalan, sungguh dia tak sangka boleh berlaku perkara seperti ini. Mengigil gigil dibuatnya. Tak lama kemudian, ketua kumpulan kariahku aku datang dan meminta ahli-ahli yang tak terlibat dengan kemalangan terus menuju ke tempat undangan sementara rakan yang terlibat tu menguruskan report polis dan urusan ambulans. Selepas kejadian tu, aku cam terbayang je muka mamat pakistan tu, mungkin sbb aku trauma atau entahlah. tapi kalo aku tak turun dan selamatkan dia lagi teruk dia kene langgar dengan kenderaan lain..hancur dibuatnya. eeiii ngeri nya..tak terbayang mcm mana tah nanti teruknya. Mamat Pakistan tu koyak di tulang pipinya dan bawah kening kirinya..darah banyaklah. badan yang lain aku tak pasti sbb dia tak de mengadu sakit dan hanya terdiam je bila ditanya. entah apa le nasibnya tapi aku berdoa dia tak de apa-apa. Moral of the story : Jika ternampak kemalangan berlaku di depan mata, kalo boleh tolong tu cepat cepatlah bantu takpun cuba 'clear'kan kawasan kemalangan dengan membantu aliran trafik lalu lintas dari melanggar mangsa kemalangan sementara menunggu polis atau ambulans sampai. Jika tidak tak payah lah sekadar menyesakkan jalan raya, betul tak? Sebelum aku lanjutkan cerita xtvt ujung minggu 02.10.2011. Ingin aku khabarkan berita gembira bahawa adik keduaku, lin telahpun selamat melahirkan anak keempatnya pada 28/09/2011secara caesarean. Sepatutnya beliau bersalin bulan 11 nanti tapi kerana tumpah darah terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. Tapi alhamdulillah kedua-duanya selamat dan telahpun pulang ke rumah. Walaupun dilahirkan tidak cukup bulan tapi si kecil yang masih belum diberi nama sihat tanpa sebarang masalah. sangat comei. Ok..berbalik pada xtvt ujung minggu. Ahad semalam, suami telah membawa aku dan anak-anak bersarapan pagi di luar. Suatu perkara yang tak pernah suami aku buat, maklum lah pagi Ahad biasanya samada aku akan ke kelas atau suami dan anak anak akan bangun lewat kerana cuti hujung minggu. Anak-anak teruja sebab ayah dia dah berjanji sejak malam sebelumnya. Selepas bersarapan pagi, kami bersama-sama ke pasar bersebelahan utk membeli lauk pauk. Agak mahal rupanya rege barang di pasar basah di bandingkan di pasaraya besar. Kemudian singgah sebentar di OUM sbb aku nak ambil satu modul buku yg tak de stok ari tu. Suami kemudian singgah sebentar di pantai Stulang Laut. Melayan kerenah anak anak dia yang teruja melihat air laut. Apalagi, nak terjun ke laut le. suka betul tapi belum sempat main air ayah dia dah angkat masuk ke dalam kereta. Maaf ye, ibu tak bawak baju spare atau tuala, lain kali sajalah ye. Mengaruk sakan kedua-duanya sbb baru je nak bergembira ayah dia dah jalan. Balik ke rumah si kecil yg mengaruk dah terbongkang kerana kengantukan. Mungkin sbb tak biasa bangun awal pagi. Si akak lak sibuk dgn tv nya. Aku pula sibuk di dapur membasuh dan memasak krn petang nnti aku akan ke rumah Lin. Hari ni merupakan hari lahir mama tapi disambut di rumah lin kerana mama kata dia jaga Lin yang sedang berpantang. Seronoklah sikit bila anak-anak dia dan anak-anak aku dapat berjumpa jadi agak meriah sikit tp kesian Lin sbb hanya mampu tengok aje. Aku cuma masak simple je dan tempah kek coklat dari member kat ofis. Sangat cantik, sedap dan yang pasti tiada ragu-ragu tentang status halalnya. Balik dari rumah Lin, aku dah sibuk mengemas utk persekolahan anak aku esok, sementelah mlm tu aku ada undangan ke sebuah majlis doa selamat di taman berdekatan. Paling awal tiba umah pun sekitar jam 10 mlm. Pastinya badan dah letih kan, jadi aku siap2 kan apa yang patut dulu sebelum keluar rumah. Balik dari majlis tersebut barulah aku rasa sangat meletihkan ok. Kepala lak berdenyut-denyut, kaki pun sengal semacam. Bila imbas balik xtvt dari pagi tadi, aku rasa aku ni belum sempat berehat rupanya..patut lah tak larat le sangat. Tu pun dlm kepala dah beratur list apa nak buat esok. Entah pukul berapa aku tido aku pun tak sedar sbb dalam sibuk sibuk memujuk si akak dan si adik tido sambil layan dorang menyanyi dan bercerita aku pun dah Zzzz. |  | Gambar sekitar Hari Raya dan Majlis Marhaban 2011 di kediaman kami |
Maaflah ye tahun ni aku lambat post entri utk persiapan raya dan cerita sepanjang raya 2011. Dah nak penghujung Syawal baru ada kesempatan sedikit utk update status.
Raya tahun ni seperti raya-raya sebelum sudah, pagi raya selepas solat sunat raya dan menjamah ketupat dan rendang kami bersiap utk ke rumah mama. Seperti biasa, selepas balik dari rumah mama kami akan bertolak balik kampung suami. Tahun ni memang rezeki cuti, syarikat mengumumkan pelepasan cuti raya 2 hari menjadikan raya tahun ni cuti seminggu. Jadi cuti tersebut digunakan sepenuhnya utk melawat sedara mara yg tak sempat lagi dilawat pada tahun-tahun sudah. Anak-anak aku mujurle tak de yg demam tp batuk selsema tu biasalah. Aku tak sempat nak singgah Muar (sedara mara belah mama) atau Benut (sedara mara belah papa) kerana kesuntukan masa ditambah pula jalan sesak teruk nak ke Muar buat aku fikir berkali kali. Jalan ke Ayer Itam pun sama. huhuhu
Minggu kedua lepas raya dan setelah naik keje, aku telah menyusun jadual utk pergi beraya ke rumah rakan sekolah yang dah lama tak dapat berjumpa. Kami bertemu pun baru baru ni menerusi facebook. Mujur le ada teknologi yg menghubungkan semula talian persaudaraan yg terputus. Ada yg hampir 10-15 thn tak jumpa walaupun dalam negeri yg sama. Rasa cam terubat rindu dapat bertanya khabar. Bukan juadah makanan yg aku nak hadap tp peluang bermaafan dan bertanya khabar serta bergambar tp kebanyakan rumah yg aku kunjungi tak lepas dari menyediakan pelbagai juadah. Malaysia ni memang terkenal dgn sikap pemurah dan suka meraikan tetamu cuma adakalanya aku rasa kalo dh byk sangat juadah makanan dan byk sangat undangan majlis rumah terbuka yg telah dihadiri dlm sehari aku rasa anak aku pun dah tak lalu nak makan. makanan pun dia buat main. Itulah dilema yg aku alami, ada sehari tu smp 5 buah rumah aku pergi. Aku boleh bayangkan kalau ada tetamu yg telah pergi lebih dari itu tak termasuk jemputan majlis kahwin. Akibatnya, aku cirit birit. makan je nak buang tp time tak makan tak de lak. jadi terpaksalah aku berpuasa seminggu dan alhamdulillah berkat bulan syawal yg mulia ni, perut yg problem dah ok kembali. Oh ye, tahun ni utk pertama kalinya rumah aku dikunjungi jiran tetangga dlm satu majlis marhaban dan zon aku antara yg paling ramai sekali kehadiran pengunjungnya. seronok sangat.
Minggu ketiga dan terakhir ni masih ada lagi majlis rumah terbuka yg perlu dihadiri tp aku hadkan pengambilan makanan dan kunjungan. Ini kerana aku dihambat masa dgn keluarga, kerja dan juga aktiviti lain. Ujung minggu ni pula aku sibuk dgn tugasan memasak satu juadah utk majlis terbuka hari raya utk masjid di kawasan ku. Inilah pertama kali mendapat tugasan memasak utk jumlah yg ramai. gementar pun ada juga, entah mcm mana le hasilnya, cukup ke tidak juadah nnti. dan minggu berikutnya iaitu pengakhir syawal aku dah start bukak buku semula kerana semester september akan memulakan harinya dan akan kembali lah aku sibuk dgn buku buku dan assignment.
nnti aku masukkan gambar utk tatapan di sini. Salam Ramadhan buat semua rakanku,
pejam celik pejam celik Ramadhan dh pun sampai ke penghujungnya. Kalau tiada aral minggu depan insyaallah akan hadirlah Syawal. Memang minggu ni jika ke mana-mana pusat membeli belah memang jam memanjang gara-gara ramai orang ingin membeli persiapan untuk hari raya.
Suami aku semalam pun merungut sbb kedai hardware pun penuh! katanya kalau kedai baju ke, kedai kek ke ok le kan memang munasabah orang nak membelinya. Pajak gadai pun penuh gak dgn orang. Aku pun cakaplah, dah memang budaya orang melayu kita mcm tu, raya kan setahun sekali. Suami mencebik, bangsa lain pun beraya gak tp tak de le seboros orang kita yg segalanya nak beli baru. Aku hanya angkat bahu tapi kemudian aku pun cakap, saya kalau boleh lebih suka bersederhana tp kalau dinding rumah kita ni dah mengalahkan tadika penuh dgn contengan, tak ke malu dengan sedara mara dan jiran yg datang bertamu masa raya nnti?anak aku pun dh pandai komen katanya rumah dia buruk tak secantik rumah jiran-jiran yang lain. Bila dinding tu telahpun dicat dgn warna baru, bukan main suka dia, hari-hari tanya bila nak raya ni.
Dan malam tadi, hampir 3 jam aku dan suami berusaha utk menampal sticker dinding yg berkerawang untuk dekorasi ruang tamu yg kosong tu. Leceh betul ye, kalo tak betul-betul sticker akan rosak. Aku 'match'kan dengan jam dinding baru yg design ala English, nak beli jam yg berkerawang yg aku dan suami berkenan tu budget tak de lak, mahal giler. Langsir aku dah siap tempah, simple plain jacquard marroon colour. Tahun ni lebih kepada persiapan ruang tamu je lah. Sofa buruk yang lusuh tu aku lapikkan dengan kain corak-corak ceria dan aku letakkan bantal-bantal baru yang mempunyai warna-warna senada. Bunga? rumah aku tak de bunga tahun ni sbb anak-anak aku akan luruhkan sblm sempat hari raya.
Baju anak-anak biasanya aku dah beli awal seawal 3 bulan sebelum puasa. Kenapa? sbb aku tahu time nak raya ni mcm2 benda nak kene beli dan nak kene settle.
Sepatutnya entri ni aku bubuh beberapa hari sebelum Ramadhan tetapi oleh kerana ada beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, jadi entri ni yg telah diperam ini aku kongsikan dengan kalian. Ayat yang mewajibkan kita berpuasa berserta salah satu hadith sahih mengenainya. Moga puasa kita semua diberi keberkatan dan ganjaran yg berganda sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-185 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.[ayat 183, surah Al-Baqarah]
Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.][Ayat 184, surah al-Baqarah].
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [ayat 185, surah Al-Baqarah]Manakala beberapa hadih Sahih yang diriwayatkan oleh Muslim antaranya , Bab permulaan Ramadhan dan Syawal | عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ وَقَالَ غَيْرُهُ عَنْ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ وَيُونُسُ لِهِلَالِ رَمَضَانَ | | Dari 'Uqail ibnu Syihab, katanya : "Salim memberitahu kepadaku | | bahawa ibnu Umar r.a. berkata : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: | | "Jikalau kamu semua meelihat bulan yakni bulan sabit tunggal 1 Ramadhan | | maka berpuaalah kamu semua dan juga jikalau kamu semua melihat bulan | | yakni bulan sabit tunggal 1 syawal , maka berbukalah | | (ertinya janganlah kamu semua berpuasa) Tetapi jikalau bulan tertutup | | oleh mega sehingga kamu tidak semua menampaknya, maka perkirakanlah | | untuknya yakni baik permulaan puasa ataupun penghabisannya". | | Hadis sahih riwayat Bukhari | Bagaimana anda memanfaatkan puasa Ramadhan kali ini? terpulang pada diri masing-masing samada merebut peluang emas yang telah dijanjikan Allah seberapa banyak yang boleh atau membiarkan ia begitu sahaja sebagaimana air berlalu. Yang baik itu hanya dari Allah dan yang jahil itu adalah diri kita sendiri. Wallahualam.
Lama tak menulis tiba-tiba datang idea nak menaip di sini. Tak kisahlah orang tak membacanya, ia sekadar memaparkan luahan hati aku yg tak suka aku pendam lama-lama sbb takut memberatkan otakku yg patut diisi dgn perkara-perkara lain yang lebih penting. Dua hari lepas, 19/07/2011 untuk pertama kalinya aku pergi kursus setelah hampir 2 tahun rasanya aku tak pergi mana-mana kursus cuma kali ini lokasinya jauh dari ofis dan berlansung selama sehari aje. Nasib baik waktu ni, member sepejabat aku dh pun naik dari 'maternity leave', kerja pun dh tak banyak cuma anak-anak je lah terpaksa aku anta ke rumah mama sbb aku dah boleh agak perjalanan pergi balik kursus pasti jejak malam. Malam sebelum bertolak, aku tumpang tido di rumah mama. Senang sikit nak bertolak ke HQ centre melalui highway, tak perlu aku terkocoh kocoh dari rumah aku ke HQ lagipun anak-anak terus stay di rumah mama. Sekitar jam 6.30pg aku dah terpacak di depan ofis. Ramai yang berbaju jersi merah, mcm nak tonton perlawanan bola. Tak ramai yang ku kenal, mungkin sbb dh terlalu lama berada di luar kawasan atau mungkin dorang dh tak ingat kat aku lagi, pakai nametag pun orang masih tak kenal walau jenuh aku memperkenalkan diri membuatkan aku rasa, huh..dorang sume cam 'selfish' jadi aku pun bawak diri sendiri je lah.Apa ada hal kan? sesampai kat lokasi tu pun, disertai dgn mamai mamai sbb asyik tido dlm bas ditambah kelaparan, kepenatan sbb perjalanan yang jauh kami terus diminta masuk ke dalam dewan utama yg besar di mana rakan-rakan sekerja lain sudah lama menunggu. Kebanyakan dorang dari KL branch. Apa yang dapat aku simpulkan, kursus ari tu lebih kepada motivasi utk staf dgn aktiviti bersama sama yg padat cuma tak bestnya terlalu ramai jumlah yg hadir menyebabkan kurang penghayatan dan suara fasililator tu tenggelam dgn keriuhan suara peserta aktiviti bersebelahan. mesej tak sampai. tapi dari segi makanan..superb beb! puas ati lah. masa makan tu tak heran lah sebelah aku lelaki ke perempuan ke melayu ke cina ke janji dapat makan sbb perut mmg tengah keroncong gile. Lepas lunch terus g surau yg humang aii, kecik tul, kami ni dh le ramai, terpaksa bergilir2 utk solat. Tujuan utama program ni bukan setakat utk merapatkan jurang staf JB-KL tapi utk sama-sama berkenalan dgn staf baru yg baru digabungkan (merge company) yg terdiri 90% cina tp yg bagusnya dorang tak kisah bercampur dgn bangsa lain. setakat yg aku jumpa semuanya sangat peramah dan boleh berbual tanpa masalah dibandingkan dgn staf dari company aku sendiri yg mcm berat mulut bila kita nak ajak berbual apatah lagi bab-bab lain waima duduk sebelah dalam bas sekalipun, mcm kau-kau..aku-aku punya stail. Yang dorang sibuk buat adalah membelek hp yg mcm2 jenis gadget. Entahlah, aku tak faham pe'el dorang. Patut le ramai yg hilang hp sbb tak reti jaga harta. Ada barang mahal menunjuk2 lepas tu sepah2, bila ilang menyusahkan orang..hahahaha. Aktiviti berakhir sekitar jam 6.00 ptg. Memang sangat meletihkan ok, ramai yg naik bas terus tertido dan berdengkur. Walaupun bas bergerak slow macam siput tp alhamdulillah setakat ari tu dia tak langgar peraturan jalan raya. Sempat singgah R&R Machap tuk berenti solat dan makan-makan. Aku tiba HQ semula sekitar jam 9.15pm terus start enjin kete dan bertolak ke rumah mama di mana hero heroin aku dah lama menunggu. Rasa rindu betul tak peluk dan cium mereka. Si akak mcm biasa mulut riuh bercerita aktiviti dia sepanjang ari dgn atuknya, si adik pula sibuk bernyanyi nyanyi riang dan sesekali menyampuk perbualan kakaknya. Tiba kat umah dah dekat pukul 11.30mlm. Sangat meletihkan..lapo pun ada tapi kerana penat sangat aku dah tertido di samping hero heroin aku. |  | Selepas majlis kenduri arwah di BP, kami bergerak ke Melaka utk makan angin yg kebetulan hari Selasa cuti Hari Hol jadi amik cuti sambung dari Isnin. Seronoknya berjalan waktu hari berkerja adalah tempat pelancongan tak sesak dan kami banyak waktu untuk berjalan ke sana ke mari cuma tu je lah aku ni mudah sakit kaki. |
Salam buat semua sahabatku. Maaf jarang menulis tapi setiap kali idea datang mencurah tu dan ada kelapangan memang rugi lah kalau tak dicurahkan di sini kan?
Situasi 1 Beberapa hari yang lepas ketika sedang menunggu suami beratur menunggu giliran membayar di kaunter bayaran di sebuah pusat membeli belah di bandaraya ni aku melihat satu situasi yang alahai..ceritanya macam ni. Suami suruh aku tunggu je di depan kedai berhadapan kaunter kaunter bayaran yg berderet mcm tmpt tiket nak bayar lrt tu kan, kerana salah seorang anak kami telah tertidur (perkara biasa lah kan ketika membeli belah). Walaupun hari tu adalah hujung minggu tapi tak banyak pula kaunter yang nak dibuka dibandingkan jumlah orang yang nak membayarnya. Jadi berderet-deret le orang beratur dgn troli yg penuh dgn muatan menunggu giliran dgn sabar termasuk le satu pasangan ni yang aku kira suami dia boleh le aku kategorikan sebagai suami yang sengal . Nape aku cakap cam tu sebab barangan yang dia beli sangat banyak dan penuh satu troli, si isteri pula jadi si tukang keluarkan barang utk di scan dan dibayar dan pada masa yg sama si isteri ni terpaksa menolak troli bayi di sebelahnya. Aku tengok isteri dia ni cam kelam kabut sikitlah, kejap nak tengok si anak kejap karang nak kuarkan barang. Apa si suami dia buat? berdiri mcm kayu dan hanya pegang iron board saja. Kebetulan cashier tu tak de pembantu pula. Jadi semua dia (cashier) kene buat sendiri menyebabkan memakan masa yang lama, aku rasa hampir 45 min hanya untuk scan belum lagi cashier girl tu nak masukkan barang dlm plastik. Aku rasa apalah salahnya suami dia tu tolong masukkan barang dlm plastik selepas sahaja cashier tu scan barang kan? kalo tak nak guna plastik masukkan aje terus ke dalam troli dan susun molek molek daripada dia berdiri tercongok mcm.. tak tahu nak cakap apa. Dia tak perasan ke orang kat belakang tu semua nak cepat juga dan bengang dengan sikapnya tu. Aku pun beli barang byk juga, tp suami aku masukkan sendiri barang barang ke dlm troli tak smp 5 min pun. Suami aku membebel sepanjang jalan tu dengan mengatakan orang tadi tu menyusahkan aje dgn sikapnya tu. Takde salahnya anda masukkan barang barang anda sendiri ke dalam plastik dan troli, tak jatuhpun martabat, malah mempercepatkan lagi proses, tul tak?. Entahlah, mungkin pendapat dlm kepala dia tu lain, dia rasa dia customer dialah raja jadi dia rasa kau kan kuli pasaraya ni, it's your job to do it kan. teringat aku akan situasi ini pula.
Situasi 2 Aku berdiri di sebuah pasaraya besar dan mcm biasa tugas aku hanya duduk di kerusi kayu sambil mendukung anak sementara suami menyelesaikan tugasan membayar barangan dlm troli yg sarat dgn barang harian. Ada satu situasi ni, suami dia ni kelihatan kelam kabut, scan tu tak lepas (tag tercabut), lepas tu tertinggal barang sempat patah balik dan menyebabkan kaunter jam sekejap sbb dia tetap nak amik barang tertinggal. Dari segi penampilan suami isteri dan anak ni aku rasa dorang ni baru balik dari orang kawin kot sbb si isteri berpakaian baju kurung berlabuci dan lawa, suami pula segak bergaya dgn kemeja berseluar slack begitu juga dgn anak kecil mereka,seorang budak lelaki lingkungan 3 thn sementara yg tak best tu, seorang bayi perempuan mereka telah terberak dan mengotorkan gaun bayinya. Mungkin tu sebabnya kot mereka ke pasaraya ni untuk membeli lampin pakai buang segera dan juga baju segera sbb mereka tak bawak apa apa pun! kecuali beg duit aje. Kot ye pun pergi jemputan berdekatan dgn rumah, bawak le spare satu lampin dan botol susu (kalo susu botol lah) kalo tak bawak le sepasang baju spare dlm kete dan baby wipes.Sesapa yg pernah ada budak kecil pasti tahu itu adalah satu kemestian kerana tak siapa tahu apa akan terjadi. Dalam kes ni, anak dia dah terberak dan baju dia dah penuh tahi dan yang buat aku rasa isteri dia ni sengal tahap gaban lepas sume barang dia scan boleh dia bagi bayi dia yang penuh ngan kekotoran tu pada cashier. Cashier tu terkejut lah tapi takkan dia nak scan bontot budak tu kot? cashier tu cuma geleng pale je lah dan isteri orang ni mcm orang tak pernah ada anak sbb dari cara dia macam tak tahu nak buat apa. suami dia yang kelam kabut ajak isteri dia gi bilik air untuk tukar baju dan lampin bayi tu. Nak kata tak pernah ada anak, itu anak kedua mereka..mungkin dh terlupa kot?
berbalik pada cerita pertama tadi, selepas membeli belah aku suami isteri sempat le menjamu selera di pasaraya tersebut dan ketika pergi ke parking kete, kami bertembung dgn pasangan sengal tadi. Aduhai..apsal le jumpa dorang lagi. Aku tengok si suami tak abis abis hanya pegang iron board saja sedangkan si isteri yang kurus kering tu kelam kabut memikirkan cam ne nak masukkan barang barang yg penuh satu troli tu ke dalam kereta mereka yang comel tu (viva) dan pada masa yg sama si isteri cuba mendodoikan anak mereka yg aku hanya nampak kaki je yg terangkat angkat dlm troli bayi. Suami aku geleng pale aje. Sampai kami dah bergerak keluar dari parking tu pun aku tengok dorang tak abis memunggah masuk barang. Kalau gitu lah caranya aku rasa 2 jam lagipun tak siap-siap. Pengajaran dari peristiwa itu, jadilah orang yang bertimbang rasa sikit. Ringan-ringankan tulang bantu membantu isteri atau suami ketika membeli belah sama-sama. Bukan saja mempercepatkan proses malah boleh mengeratkan silaturahim kan? suami aku pun ada masanya dia pun lebih kurang sama mcm orang lain gak, tahap penat campur malasnya tiba. dia malas nak drive, malas nak tolong punggah barang ke dalam bonet kereta. dia cuma duduk je terus ke dalam kereta hingga tiba rumah. Setiba kat rumah pun cam tu gak, aku je sensorang yg pastikan semuanya telah dipunggah keluar termasuk anak-anak. Sangat meletihkan otei..
Aku tertarik mendengar celoteh 2 org dj JohorFM berkenaan topik ni. Setelah aku fikir-fikirkan, memang ada betulnya, banyak benda yg pelik tapi memang benar-benar berlaku hanya kat negara kita je yg negara lain mungkin ada tapi tak le seteruk negara kita, atau memang negara dorang tak pernah berdepan lansung dgn perkara tersebut. Jadi kesimpulannya, lu pikirlah sendiri..hehehe 1. Rakyat Malaysia paling gemar bayar saman last minute. Bagi le tempoh tambahan 10 hari, 20 hari ke, tetap akan bayar last minute. Akibatnya, semua komputer rosak sbb sistem dlm komputer terlalu berat kerana diakses semua tempat serentak. Masa ni korang akan nampak mcm pesta kat Pejabat Pos dan Balai Polis yg selama ni sunyi jek, hanya orang yg nak buat aduan/bayar bil aje yg datang ke situ. 2. Paling ramai tak suka bagi lampu signal bila nak membelok Entah le, penat je sapa yg cipta lampu signal selama ini kerana ia tidak digunakan sebaiknya. Bukan susah pun kan? tp mentaliti rakyat negara ni suka suki je tukar lane tanpa bagi signal mcm le orang yg kat belakang tu atau kat depan dia tu atau kat tepi dia tu ada kuasa psikik boleh tahu dia nak belok mana. Kalo terror sangat masuk le racing kat F1. tak perlu tukar tukar signal, tekan minyak je memanjang dan break. aku rasa F1 pun tetap akan bagi signal setiap kali dia nak masuk pit kan? 3. Semua nak cepat, kalo boleh drive thru saja Senario terkini, banyak benda semua nak segera dan cepat. mati pun cepat..hehehe. kalo fast food pun dah byk 24 jam dan drive thru saja, pejabat pos pun ada drive thru, mesin ATM pun dah ada yg drive thru aku rasa pasti akan datang akan ada pasaraya drive thru aje.Alasan, tak payah cari parking dan buang masa. skrg ni byk org suka parking mana mana je dia suka janji dpt parking dekat dgn kedai makan yg dia nak tuju, kalo boleh dia turun terus makan, kereta sblh dia aje. Masalahnya, org mcm ni menyusahkan org lain terutama menghalang dan mengakibatkan orang lain yg tak pasal pasal bertembung sbb tak perasan. yg buat bengang tu adakalanya org yg parking tu amik parking space smp 2 petak sekali, kalo kereta dia jenis besar cam merz okei org akan kata ye lah kete dia besar mesti lah tak nak org kacau tp bagaimana dgn kereta kancil 160? humang aii..aku rasa mcm nak sekel je tuan punya kete sengal tu. 4. Suka buang sampah di tempat yg tak boleh dibuang Pelik tapi benar, di tempat yang dikatakan 'Jangan buang sampah di sini, denda RM250.00' tp kat situlah korang akan nampak sampah menimbun. Seolah-olah tanda tu ditulis 'Sila buang sampah di sini'. RM250.00 tu mcm ala 2.50 aje. sapa yg nampak? tp cuba le buang kalo kat negara lain terutama Singapura..ada berani? 5. Ramai yang mati/cedera akibat mercun Aku jarang dengar berita kematian akibat mercun buatan sendiri kerana nak sambut sesuatu perayaan terutama nak raya aidilfitri di negara lain dibandingkan di Malaysia. Waima di Negara China yg terkenal sebagai pengeluar mercun pun tak de berita cam tu kecuali le kilang dia meletup sbb kesilapan teknikal. Aku pernah tgk dokumentari kat negara china dia ada jual mercun beso sepemeluk malah ada yg lagi besar tp tak de lak aku tgk tokei dan penduduk situ yg cacat akibat main mercun? rakyat Malaysia ni kreatif sangat kot tp masalahnya kreatif tak bertempat merugikan diri sendiri. 6. Sukar menghormati atau memang buat buat tak faham Kerajaan dah sediakan koc untuk perempuan dan bas untuk perempuan sahaja tapi masih banyak yg bingai / bangang atau memang tak tahu baca agaknya malahan tak sensitif lansung kenapa benda benda itu disediakan. Untuk mengelakkan seksual harassment le kan tp dorang peduli apa, biarlah dia sorang lelaki yg kat dlm koc tu, buat dek je. ala takkan pompuan-pompuan tu nak mencabul dia lak kan? kalo aku kat situ, sblm dia masuk aku nak tiung ngan payung kat muka dia, tahu baca atau tak? please respect us! kerajaan ni pun satu, letak le seorang pemantau kat setiap koc dan bas tu smp satu peringkat rakyat sendiri akan faham dan akan patuh. Kat Malaysia ni kalo terpaksa baru rakyatnya akan patuh jika tidak suka ati dia lah nak buat apa pun kan? ada dia kisah fasal orang lain? tak de maknanya. Sebenarnya byk lagi yg aku nak tambah, nnti aku fikir-fikirkan. Ini bukan agenda untuk mengutuk negara sendiri ye tapi satu tabiat / kebiasaan yg sering kita lakukan tanpa kita fikirkan bahawa ia menjadi satu masalah pada orang lain. Kebiasaan yg boleh kita ubah jika kita buka mata kita ye kawan-kawan. Pada 25hb Disember 2010 yg lalu, aku telah menjejakkan kaki ke sekolah lamaku, English College / Maktab Sultan Abu Bakar (EC) yg telah hampir 15 tahun aku tinggalkan. Rasa cam janggal pun ada, cam bangga separuh geli hati pun ada terutama bila mengenangkan kembali nostalgia zaman remaja dulu.
Ya, walaupun menimba ilmu tak lama tp sekolah ini agak istimewa di hati kerana di sinilah aku belajar tentang erti persahabatan sejati, guru yang ikhlas mendidik murid-muridnya dan istimewanya sekolah ni punya banyak sejarah dan mistiknya.
Pada hari ini juga, ada perjumpaan utk kalangan bekas para pelajarnya. Tujuan diadakan katanya sbb nak membincangkan persiapan utk majlis meraikan ulangtahun ke 100 EC pada 2014. Lambat lagi tapi satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Sama seperti sekolah-sekolah terawal di Malaysia yg lain, satu pertubuhan utk bekas pelajar juga diadakan. Kalau dulu boleh le disebut "ECOBA" bagi kependekan kpd English College Old School Boys Association tp menjelang tahun berapa tah bila ada beberapa peratus pelajar perempuan diserapkan maka ia telah bertukar kpd "ECESA" (mcm bunyik ada aku kisah) hehehe. Pelajar perempuan ni hanya ada pd tingkatan 6 bawah dan 6 atas sahaja dan jumlahnya sangatlah terhad namun begitu ada juga pelajar perempuan dimasukkan ke tingkatan lain tp jumlahnya pun sangat terhad sekitar 0.01% sahaja dan itupun atas kes istimewa iaitu utk kalangan pelajar yg cacat penglihatan sahaja kerana di belakang sekolah ini ada sebuah sekolah rendah dan asrama utk kanak-kanak cacat penglihatan jadi ia memudahkan mereka utk berulang alik ke sekolah nnti.
Sekolah ni dulu popular sbb ramai gak tokoh tanahair yg bersekolah di sini dan antara Dato' Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri dulu. Kaum kerabat Sultan Johor juga bersekolah di sini. Sekarang ni siap diadakan muzium mini lagi utk mempamerkan sejarah tentang sekolah ini dan tokoh tokoh di dalamnya. Sekolah ini juga popular kerana dulu terror dlm bab sukan terutama hoki, ragbi dan bola sepak. Dari segi pencapaian akademik pun terror gak, selalu mendapat pencapaian cemerlang dalam bidang akademik terutama dlm bidang matematik dan sains.
Pencapaian aku semasa di sini? entahlah. Nak kata aktif tak juga tp aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan drama antara sekolah sekolah peringkat daerah tp gagal lah meraih sebarang kejayaan. kira ok le tu kan. Popular tu tak de lah sbb aku bukan kalangan pelajar yg genius atau yg cantik rupawan tp aku dikelilingi member-member yg dalam kategori tu lah. Macam aku tumpang gembira lah sbb bila orang tanya fasal si cantik A, oo dia tu sekelas ngan saya dulu..boleh gitu tp adik ipar aku kata aku kat sekolah ada je di mana-mana, sapa tak kenal? aikk..ye ker? aku tak kenal dia pun (adik ipar aku ler) masa tu? mungkin sbb aku sibuk ngan aktiviti aku di sekolah. Kalau tak sibuk di studio seni sbb buat canting batik, aku mungkin di Pusat Sumber mengemas barang-barang antik atau duduk kat library membaca buku ensiklopedia dibandingkan menelaah buku pelajaran. Banyak masa aku habiskan sendirian, lone ranger. Aku masa tu kurang gemar bercampur dgn kalangan rakan perempuan yg pada aku byk buang masa je (byk yg tergedik-gedik sbb maklum le di sekolah lelaki, mcm tak pernah jumpa lelaki gamaknya) whatever lah tp disebabkan sikap aku yg berbeza tu aku telah dilabelkan dgn mcm mcm gelaran tp ada aku kisah? aku tak pernah ambil pedulik pun malah aku gembira bila mula bertemu dgn geng-geng baru yg lebih open minded termasuk guru kaunseling yg kami panggil mama. Rindu betul nak makan nasi lemak kukusnya.
Banyak le cite lain, kalo nak cite mmg tak cukup masa tp ada satu kisah ni yg memang benar-benar berlaku dari dulu smp la kini, memang ada entiti yg wujud di sekolah ini. Kalau tak percaya datang le dan nikmatinya sendiri! sbb banyak sgt cerita yg di dengar dan dialami oleh bekas pelajar sekolah ini dan yg aku lalui sendiri tu setakat gurau biasa je tak de le seteruk seperti senior senior dulu jadi aku masa tu tak rasa bimbang sangat kalo aku melepak sensorang di mana-mana waima ke toilet pun walaupun cikgu melarang pergi seorang diri. Okey, nnti aku uploadkan gambar sekitar sekolah lama aku tu yg sempat aku rakamkan. Oleh kerana aku yg tukang amik gambar, member aku jadi model lah gamaknya. Aku tak pasti samada perkara ni pernah aku luahkan di sini atau tidak sebelum ni tapi suka aku beritahu korang aku telah lama mendaftarkan diri aku sebagai salah seorang penderma organ sejak tahun 8 Feb 2004. Kenapa? kerana aku tak sanggup tengok orang yang sakit menderita mati tanpa diberi peluang untuk merasai nikmat hidup kali kedua. Mereka adalah manusia biasa yg diberi ujian oleh Allah di muka bumi ini dan rasanya tidak salah kita memberikan harapan tersebut. Adakalanya aku rasa tersentuh melihat kanak-kanak yg merengek di hospital-hospital kerana tidak tahan sakit, apalah daya mereka kan selain dari menangis? begitu juga bagi pesakit pesakit lain yg bertahun menunggu penderma organ yg sesuai utk mereka. Kalo aku ada 10 jantung kompem aku bagi 9 kepada mereka. Pendapat aku tak semestinya boleh diterima oleh sesetengah orang. Masyarakat Melayu Islam khususnya tidak mengikrar diri mereka sebagai penderma organ kerana kononnya bila kita mati nnti kita perlu lengkap semuanya bila nak mengadap tuhan. Jadi apa kita nak jawab kalau tuhan tanya mana perginya organ tersebut lagipun katanya ianya menyiksakan mayat. Tapi bagaimana dengan orang yg mati eksiden yg hancur lebur tu? tak cukup sifat jugakkan? ada gak yg kata kalo kita nak derma, kalau terdesak je itupun pada keluarga terdekat sahaja kerana ditakuti yg guna organ tu bukan orang islam jadi akan menyebabkan dosa aje? ada ke pendekatan mcm tu? entahlah. Samada ianya berdosa, haram atau harus, aku tetap dengan keputusanku utk mendermakan organku yg disahkan sihat bila aku meninggal dunia nanti. Sekurang-kurangnya aku telah memberikan sedikit harapan dan senyuman utk mereka yg telah lama menderita kerana penyakit yang ditanggung. Nak dermakan duit, aku tak kaya raya ataupun jutawan. Perkara ini telahpun aku suarakan pada suamiku sejak awal perkahwinan kami, kira macam wasiatlah sbb aku tahu ibu bapaku pasti akan membantah keinginanku kerana mereka tidak pernah merasai bagaimana menderitanya orang yg sakit itu, sampai ada yang hampir berputus asa untuk hidup lagi. Sudah 2 kali di dada akhbar memaparkan tentang artikel Ikrar utk mendermakan organ tapi memang nilai kesedaran itu masih lagi rendah. Aku harap selepas ini bertambah ramai masyarakat di luar sana yg sudi mendermakan organ mereka pada mereka yang memerlukan sekiranya mereka meninggal dunia nnti. Walaupun seseorang itu ada kad penderma organ, sebenarnya tidak mudah prosesnya untuk hospital mengambil bahagian yg didermakan oleh si pengikrar, ini kerana jika waris yg hidup tidak membenarkan maka terbatallah niat itu begitu sahaja. Jadi selepas berikrar beritahulah keluarga tentang niat tersebut ataupun buatlah satu surat wasiat agar keluarga memahami niat suci kita. Besarkan pahalanya? sapa tak nak masuk syurga. Ahad lepas, 4hb Oktober 2010 jam 2.00ptg ketika kami sedang bersiap-siap hendak ke majlis persandingan anak jiran di hadapan rumah, suamiku menerima berita kecemasan, panggilan dari BP. Aku sudah dapat membaca dari air muka suamiku, pasti dia akan suruh aku bersiap-siap utk segera pulang ke kampung. Tepat telahanku. selepas saja dia tamatkan perbualan di telefon dia suruh aku segera mengemaskan barang-barang. "Kita balik petang ni juga". Apalagi aku pun terus kelam kabut mencari baju anak-anak. Anak-anak aku yg tadi girang nak ke majlis perkahwinan terus terpinga-pinga. Mereka masih kecil dan belum faham situasi tersebut. Aku dah boleh agak mesti keadaan abang ipar aku semakin kritikal tp masih berharap segalanya ok. Untuk makluman, abg ipar aku dah lama terlantar di hospital dan berulang alik hospital JB-BP, dan setiap kali dia keluar dari hospital kami akan menghantarnya pulang ke kampung. Aku dah tak ingat berapa kali dah kami berulang alik, Sabtu 3hb Oktober tu sepatutnya dia dah berada di hospital JB utk operation tapi kerana masalah komunikasi dia dihantar semula ke hospital BP dan sejak itu keadaannya kritikal, namun begitu dia masih boleh berbual cuma agak lemah. Sepanjang perjalanan berkali kali akak menelefon, macam tak sabar nak melihat kami. Tapi kerana waktu lawatan telahpun habis, aku terpaksa menunggu di pintu gate lawatan hingga pak guard tu benarkan, itupun utk 10 min sahaja. Sementara aku ke atas, suami menjaga hero dan heroin aku. Aku lihat muka akak ipar aku muram sangat, aku rasa air mata dia dah kering bila melihat keadaan suaminya yang makin teruk dari hari ke sehari. Setelah bersalam dan bertanya khabar, aku hanya mampu memandang dgn pandangan sayu. Sedih bila melihat dada dia ditebuk, katanya sebab air terlalu banyak dlm badan hingga kaki dan tangan membengkak. pinggang kanannya juga ditebuk utk mengeluarkan air kencing yang tidak boleh keluar seperti biasa. Oleh kerana dah penat, malam tu kami tidur saja di BP. Aku ambil peluang tu utk mengemas, membasuh baju di rumah akak. Manalah tahu, esok lusa bila akak dan abg balik, rumah dah kemas, tak de le berselerakan. Kesian akak, penat menjaga orang sakit ni. Silap ari bulan dia pun akan turut sakit sama. Petang tu, selepas melawat abg ipar di hospital dan membawa barang yg dipesannya, akak ipar aku kata aku boleh baliklah ke JB. Katanya abg dah stabil. oklah..malam tu kami bertolak balik ke JB. Sekitar jam 10.30mlm, dapat panggilan kecemasan lagi. Kali ni hanya terdengar esak tangisan anak sulung akakku, si abg teresak-esak tanpa berkata sepatah pun. Hati dah mula risau, adakah berita tak baik? aduh! penat belum lagi habis. Baru saja kami tiba di rumah ni, belum sempat mengemas beg pun lagi sejak tiba sejam tadi. Anak-anakku pula ngantuk kerana keletihan akibat perjalanan yg panjang tapi mujurlah mereka dah makan. Suami kata tunggu sejam dua lagi. Puas cuba hubungi akak tp takde jawapan. Sejam kemudian, dapat mesej dari anak sedara aku mengatakan ayah mereka dah tiada. Tak lama kemudian akak pun menelefon kami mengesahkan berita tersebut. Apalagi kelam kabut le kami dibuatnya. Badan yang letih tak abis lagi, terpaksa berpatah balik semula ke kampung. Dengan mata yg ngantuk ni, pukul 1.00pg kami bertolak dan tiba di kampung sekitar jam 3.40pg. Ketika itu ramai orang kampung berkumpul di halaman rumah. Aku yg dah separuh mamai sebab mengantuk terlelap dalam kereta sekejap. Masuk ke rumah dan letak anak aku kat katil, kemudian ambil wuduk dan sedekahkan yassin serta doa pada si arwah secara bergilir gilir dengan sedara mara. Memang rezeki Allahyarham agaknya, segalanya dipermudahkan dari saat beliau menghembuskan nafas terakhir hinggalah selesai dikebumikan, ramai kaum kerabat dan orang kampung datang serta bergotong royong membantu. Aku tengok riak wajah akak biasa aje. Mungkin dia redha dgn pemergian suaminya. Sehinggalah habis mayat dihantar ke tanah perkuburan serta majlis kenduri aku tengok akak masih lagi relaks. Cuma masa kami nak pulang semula ke kota sahaja tiba-tiba akak meraung di hadapanku. Itupun bila anak dara aku mencium tangannya dan kata sayang kat dia. Aduh...panik jugak dibuatnya. Mungkin dia baru terasa sunyi agaknya. Anak pula kecil kecil lagi. Aku simpati dengan nasibnya tapi kehidupan mesti diteruskan, insyaallah segalanya akan berjalan lancar. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Allahyarham Nordin Ng bin Abdullah yang telah pulang ke rahmatullah pada 05/10/2010 jam 12.30pg pada usia 74 thn. Assalamualaikum dan salam aidilfitri buat semua, Alhamdulillah, syawal dahpun masuk hari ke 8 dan aku pun dah masuk bekerja walaupun utk satu hari saja (inipun disebabkan tugas, jika tak minggu depan le gamaknya). Raya tahun ni di sambut secara sederhana sahaja. Oleh kerana tahun ni kali pertama aku beraya di kampung suami, Batu Pahat maka segala persiapan telah dirancang rapi seawal seminggu lagi nak raya. Macam nak balik jauh sangat je hehehe..maklum le anak kecil kecil, byk barang yg perlu dibawa smp penuh satu bonet kereta. Aku dah siap siap beli ayam dan daging dekat pasaraya berdekatan yg menawarkan harga murah sehari sebelum berangkat sbb aku tahu rege ayam kat kampung nnti lagi mahal dari kat bandar. Tak tahu lah kenapa mahal sangat, mungkin sbb orang bandar balik kg kot? tp barang barang basah lain kami beli terus di pasar Senggarang, BP. Waktu tu sekitar jam 8 pagi. Cuaca agak panas membahang dan hari tu adalah hari terakhir umat islam berpuasa. Rasa cam tak sabar nak tunggu raya, setiba di kampung aku terus tak tunggu masa lama utk menyiapkan juadah raya. Sebelum azan maghrib dah siap dah semua. hahaha..siap boleh main bunga api lagi kat halaman rumah. Esoknya pula, sekitar jam 9.00 pg ujan lebat mencurah-curah. Aku yang tak mengikut suami ke masjid, hanya duduk di rumah sambil membayangkan kalau le ujan ni tak berhenti smp lusa..rosak le program nak beraya ke rumah sedara mara tp alhamdulillah sekitar petang tu segalanya ok. Malah rombongan sedara mara datang bertandang ke rumah tidak henti smp tak menang tangan nak layan. Siap ada rombongan marhaban utk kaum kerabat lagi.Ada le sekitar 10-13 kereta sekali serbu. Selebihnya aku sempat g menziarahi nenek saudara di Muar, Mak Itam aku di Parit Sulong, sedara mara sekitar Benut dan juga rumah member kat Benut gak. Puas le jalan cuma tu le afiq kecil lagi jadi asyik merengek sbb rimas agaknya sbb lama duduk dlm kete dgn cuaca yg tak menentu. Afiqah lak asyik menyanyi je lagu raya, seronok tul dia tp bila dh pegi lebih dr 2 buah rumah muka dia pun berubah, mungkin penat dan mungkin juga boring. Aku sempat gak menghadiri open house yang dikendalikan oleh saudara mara si suami dan petang raya keempat aku dh balik JB. banyak betul kain baju yang perlu dicuci. Smp di JB aku sempat beraya ke rumah kawan kawan aku di sini dan penyudahnya anak dara aku demam selsema dan batuk smp ke hari ini. kesian dia, asyik muntah je bila batuk. habis berbau kusyen dan tilam semua..boring tul. Terpaksa tunda nak beraya ke rumah sesapa lagi kerana keadaan anak tidak mengizinkan. hari ni pula aku cuba siapkan slide presentation utk meeting ari selasa ni. setakat ni 90 % siap tanpa masalah. Oleh kerana ari ni ari jumaat maka pejabat tutup awal dan aku terpaksa pulang sbb mama kata dia ada appt ngan doktor sekitar jam 2.00ptg nnti. ok tbc ye.. Tahun ni rasa cam ruginya tak dapat berterawih. Maklum le anak-anak masih kecil. Undangan berbuka puasa oleh para pemaju perumahan pun aku tolak. Bukan tak sudi tapi aku tak sanggup nak melayan kerenah anak-anak aku nnti. penat beb. si kecil tu tengah sibuk merayap sedangkan akak dia yg kuat berangan tu pula suka main sembunyi sembunyi. Jadi boleh bayangkan di waktu aku sedang sibuk nak menyuap makanan, anak-anak aku hilang merayap entah ke mana..jadi..lupakan sajalah ye. Tahun ni sangat economical. sangat sederhana, ialah jauh sangat bezanya dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yg mendapat bonus, duit raya, kuih raya dsbnya, membuatkan hati aku sayu aje. Tak pe lah, tak de rezeki aku, jadi dgn duit gaji yg berbaki tak seberapa tu, dptlah buat persiapan sikit-sikit. Tensen gak sbb parent aku tak faham-faham jadi aku malas nak cite banyak. Tahun ni aku beraya di kampung suami, BP sbb BIL aku sedang sakit. kesian kat akak sbb dia sorang kene buat itu ini. Kalo le ada bonus maka persiapan akan lebih meriah kan? takpe lah..ayat memujuk diri sendiri. Yang penting raya tetap raya. Akan bergerak ke sana selepas sahur hari terakhir puasa, dengan harapan malam raya nnti sempatlah semua juadah utk pagi raya aku masak. Tapi sampai sekarang aku tak de senarai menu utk juadah raya..buntu betul. Pengertian raya tahun ni, aku melihat anak dara aku semakin membesar. Setiap hari bertanya bila nak raya ni? kenapa tak pasang lagu raya? kenapa tak pasang langsir raya? kenapa tak pasang lampu raya? kenapa itu kenapa ini..letih nak menjawab. Dia lah orang yg paling happy setiap hari bila aku kata lagi beberapa hari saja lagi kita akan beraya.Ooo..nnti kita dpt makan sedap-sedap ye bu. Iye. Ooo..nnti kita dpt jenjalan kan ibu? dapat duit raya..dpt jumpa kawan. dpt pakai baju cantik.akak suka. ibu bila kita nak raya ni?. Aku hanya senyum aje. Manje..manje. semakin hari semakin byk keletahnya. Afiq lak akan genap setahun pada hari raya aidilfitri nnti. Rasa mcm baru je aku bersalin. Walaupun tahun ni beraya di kampung, tapi aku berkesempatan berbuka puasa bersama kedua orang tuaku di sini juga sempat berkumpul bersama adik-adikku dan keluarga mereka. bukan senang nak jumpa mereka semuanya tapi alhamdulillah bila sekali sekala berkumpul ni rasa meriahnya lain dari biasa. Ramadhan telahpun tiba di penghujungnya..bertuahlah sesiapa yg berjaya memanfaatkan sepenuhnya bulan penuh keberkatan itu dgn segala yg berfaedah. Selain beramal ibadat, mengukuhkan ikatan silaturahim juga dikira ibadah juga kan? berfikiran positif, bermuhasabahkan diri setiap masa juga dah dikira membuat ibadah juga. Sesungguhnya, pada hujung Ramadhanlah dugaan rasa berat sangat sampai rasanya mcm nak mengaku kalah saja pada keadaan tapi bila difikir balik alangkah ruginya aku mensia-siakan peluang yg diberi Tuhan. Malu betul mengaku umat nabi Muhammad SAW tp sangat mudah goyah oleh nafsu. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yg tak pernah silap dari membuat kesilapan, moga Allah memberikan aku kekuatan utk aku teruskan kehidupanku. Semalam merupakan mcm mimpi ngeri bagiku. Menempuh suasana jam teruk di bandaraya JB. Petang semalam aku ada satu paper utk mid term, biasanya sekitar jam 3.00-4.30ptg tp kali ni dpt waktu sekitar 6.00-6.45ptg. wooo..aku dh bayangkan mcm mana aku nak tempuh kesesakan jalan raya nnti. Hampir di semua kawasan di bandaraya ketika itu mmg dipenuhi oleh kereta yang tak bergerak lansung walau seinci pun. Tapi tak de le seteruk kota Kuala Lumpur yg lebih kiasu, sekurang kurangnya masih lagi ada rasa saling hormat menghormati, bagi signal nak tukar lorong atau bagi laluan sapa yg nak jalan dulu bila tiba di lorong sempit nak mampus. Beberapa hari sebelum tu lagi aku dah buat perancangan sendiri. Ikutkan ati aku tak nak le tido rumah mama barang semalam tp kerana mmg dah letih sbb mengharungi jam (kaki dah kram dan rasa badan dah nak demam dah ni) aku terpaksa menerima hakikat badan aku perlukan rehat. Memang aku dah standby barang peribadi dlm bonet kereta dan dah beritahu suami sekiranya aku tak dpt pulang semalam. Mujurlah suami memahami. Yang buat aku frust tu, anak bujang aku pulak buat hal malam-malam. sampai kul 2.30 pagi takmo tido, waaa..aku ngantuk dan letih gile ni. esok ada satu paper lagi ni, nape lah anak aku buat hal pulak. puas le pujuk, bagi susu dan macam macam tapi tak jalan. last last aku pun tak sedar bila aku dan anak aku tertido..tahu tahu dah pagi je tadi. petang ni akan menempuh episod mcm semalam lagi ker? waaa..kalo le aku boleh terbang..  | Jiran | Jun 28, '10 5:33 AM for everyone |
Sebelum aku cerita lebih lanjut aku harap tidak ada prejudis terhadap bangsa lain ye terutama bagi yang bukan beragama islam kerana apa yang aku paparkan ini adalah pengalaman hidup nyata diri ku sahaja dan hanya sekadar berkongsi bengang aku dengan kalian semua. Sejak aku berkahwin dan menetap di rumah suamiku, kiri dan kanan rumah kami sentiasa tak aman kerana didiami oleh keluarga India yang tak pernah aman. Pening kalau melihat mereka bertengkar suami isteri, anak beranak, sedara mara, rakan dan musuh. Ngeri lah senang cite. Mungkin persekitaran atau latar kehidupan mereka atau taraf pendidikan mereka kot yg menyebabkan mereka mudah jadi macam tu. Aku tak pernah menaruh prasangka terhadap bangsa mereka sbb mana mana bangsa pun sama aje kalo faktor-faktor penyebabnya sama cuma yang ketara buat masa ni di sekeliling aku tu je lah. Kiri dan kanan jiran aku ni dah bertukar berapa ramai kelamin agaknya tp bangsa yg sama dan mempunyai masalah yg sama. Belah kiri dulu pernah gaduh ngan isteri dia, belasah anak anak dia dan mengamuk sakan sampai bini dia kunci rumah tp bila dah ok mereka pindah. pastu ada satu keluarga lain masuk, isteri dah mati tp anak anak kecil tp dibelasah dgn teruk smp aku rasa boleh mati agaknya budak tu dibuatnya bila terdengar cara dia pukul tu. aku hampir nak telefon polis sbb aku tak nak kes cam tu berlaku kat kawasan aku tp akhirnya orang tu katanya balik kampung. Aku ingatkan kes cam tu akan berakhir bila penghuni baru kat sebelah kiri aku ni didiami oleh sebuah keluarga muda, anak dia pun baya baby aku. Kerja dia pun ok tp dikejutkan semalam, sekitar awal pagi dengan terjahan bunyi ganas dr rumah sebelah. Sampai aku dan suami melompat dari katil menuju ke tingkap. Ingatkan dorang mabuk ke atau ada pencuri masuk rumah ke tp percaya atau tidak polis yg panjat pagar dan cuba nak pecahkan pintu rumah dia mcm nak rak. Dapat masuk je rasanya teruk agaknya kene lanyak. Aku hampir nak telefon polis sbb aku mcm curiga je bunyi bising tu. takkan le polis buat mcm tu? kenapa tak tangkap je bawak ke balai dan soal siasat dan belasah je kat sana? entah le..kes apa agaknya smp pagi baru le di bawa keluar dgn bergari menuju ke lokap. Ini membuatkan aku terfikir sendiri, bagaimana le nasib anak dan isteri dia yg kebetulan tiada di rumah ketika kejadian. Kenapa le ada manusia yg masih lagi pilih jalan yg salah utk hidup? entahlah..aku harap tak de apa yg buruk berlaku selepas ini. aku kesian dgn anak anak kecil yang tak tahu apa apa. Lama tak menulis. idea ada tapi mcm biasalah waktu tak mengizinkan. Bukan mudah mempunyai anak-anak kecil ni terutama yang mempunyai masalah tidur tak tentu masa. Adakalanya seawal jam 9.00 mlm dh tido tp adakalanya dah masuk jam 12.30 mlm pun tak tido. Ada member berkata aku patut disiplinkan waktu tido anak sejak dari kecil tp nk buat cam ne kalau dh suami pun jenis susah nak tido, kene pula demam bola piala dunia ni lagi le menghambat waktu tido aku dengan anak anak sbb terganggu dengan bunyi dari tv. Tapi aku bukan nak bercerita fasal piala dunia atau pasukan mana yang menjadi pilihan tapi aku nak bercerita tentang perkara lain. Sekadar berkongsi pengalaman kan. Hari ni aku nak bercerita tentang masalah rumah mampu milik bagi rakyat Malaysia terutama di negeri kelahiran aku Johor Bahru. Aku tak tahu le pasaran hartanah negeri lain di Malaysia tp kalau aku bagitau harga rumah teres 2 tkt di sekitar Johor Bahru sekarang ini rata ratanya bernilai RM170,000.00. Kalau nak jumpa yg murah daripada tu aku rasa mungkin jauh di pedalaman luar kawasan JB yg perlu menempuh 2,3 jam perjalanan. Rege sekitar tu pun biasanya bukan jenis rumah yg mewah pun,sekali pandang mcm rumah murah teres biasa je cuma mungkin design je yg terkini tp kalo kira kaki perseginya lebih kecil dari standard rumah teres biasa. Kenapa mahal sangat? ada ke orang nak beli? entah lah. Para pemaju ni aku rasa banyak fikir fasal nak kaya je tanpa memikirkan adakah ia bersesuaian dengan income penduduk kawasan itu, adakah dapat membantu mereka yg benar-benar memerlukan rumah sendiri dan adakah harga yang ditawarkan tu setaraf dengan nilai yang dijanjikan? Aku berkata begitu sebab sejak aku duduk di PBT bahagian perumahan ni aku tgk pemaju pemaju kecil yg dulu hanya membuat rumah teres murah pun sekarang dh berubah trend nak buat rumah yang sama cuma modified rupa sikit dan tukar harga dari RM80,000 kepada RM170,000. Nampak tak pemaju tu hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Alasan mereka kerana memang harga hartanah di situ mahal? tapi siapa yang tetapkan mahal atau tidak? adakah semua rakyat Johor yg duduk di sekitar kawasan tu kaya kaya belaka? mampu beli rumah rege sedemikian? abis tu yang tak mampu mcm aku ni mcm mana le pula? pasang angan-angan? buat rumah setinggan. Para pemaju kata mereka dah fikirkan alternatif utk orang yg berpendapatan rendah macam aku iaitu menyediakan rumah flat taraf apartment dengan segala fasiliti ala kondo 4-5 bintang rege sekitar RM80-RM110,000. Iyelah tu, taraf dah le strata, tiap tiap bulan kene bayar lak duit maintenance dengan pemaju lak tu. Kalo ramai tak bayar kita yg rugi kalo ada apa apa berlaku pihak pengurusan wat bodo je. Kerajaan negeri pun entah lah tak pantau ke atau tak menguatkuasa kan langkah yang boleh membela rakyat negeri itu sendiri. Ha ni dah tiba waktu utk membanci, takkan bertahun tahun buat bancian seluruh negeri masih tak dapat kira berapa pendapatan penduduk per kapita sebulan setahun? takkan dah dapat data tak buat sesuatu utk membantu? Alasan apa pula kali ni. entahlah. kalo pemaju, alasan mereka hanya mensasarkan kepada pelaburan dari negara luar terutamanya Singapura utk beli tanah dan duduk mewah kat negara kita ni tanpa perlu merasai kesusahan spt rakyat negeri ini yg nak beli rumah pun kene isi form yg entah bila no giliran nak dapat rumah kos rendah yg jenis teres tu. Ada lagi ker rumah teres kos rendah kat JB rege sekitar RM50-RM90,000?..dlm mimpi le kot. nota-ini adalah luahan peribadi aku ye. hanya gambaran semasa dari apa yg aku lihat. Aku rasa seperti ramai member perempuan lain, mahu kurus kerana cantik. Tak kisah lah dorang kata sbb kesihatan ke, sebab untuk keselesaan ke whatever tp matlamatnya adalah sama..iaitu mahu kurus. Kalau ikut kiraan index BMI memang aku dah dikategorikan obesiti. Itulah hakikatnya, kalo aku naik mesin timbang badan yg keluar bunyi tu pun dia akan kata aku gemuk..wat malu aku je. Pada awalnya aku tak kisah sangat dengan bentuk badan aku sbb yang penting aku happy dengan kehidupanku kini. Dulu stress sangat sampai sakit tp sekarang takkan aku nak cari penyakit pulak? Keprihatinan aku timbul bila aku dah rasa sakit kaki masa nak solat, jalan jauh, masa dokong anak dan bila malam aku rasa lenguh semacam, bisa-bisa dan cepat kebas kaki. Bila check up tak de lak darah tinggi, kencing manis dan so on tapi semua cakap benda yang sama. Berat badan awak kene jaga ye. masalahnya sekarang aku tak tahu nak mulakan mcm mana. Nak aku join aerobic class setiap minggu pun tak de kelapangan krn selepas waktu kerja aku harus bergegas ambil anak-anak dari rumah mama. Lambat sikit mama dh bebel, pastu tengah jam jalan anak aku lak membebel, sampai rumah lambat karang suami lak membebel. stress nya hidup bukan disebabkan oleh tekanan kerja!. Aku dok ligat memikirkan alternatif lain yg boleh aku cuba. Aku puas memikirkan masa remaja aku dulu aku rajin buat apa selain aerobik? aku rasa aku suka jogging dengan kawan-kawan, berenang, join aktiviti lasak dan adakalanya aku buat gak aerobik guna video kat umah. Ha! tu ler kot langkah terbaik utk ku. Mungkin aku boleh cuba di hujung minggu ketika tiada kelas tapi boleh ker jadi? suami aku dah perli perli bila aku beli sepasang kasut sport baru. Aku kata aku nak mencuba menurunkan lemak aku yg berkilo kilo ni utk kesihatan tapi disambut dengan ketawa aje. nak berenang aku rasa susah sikit sbb selain baju renang yg tak de saiz, aku perlukan sokongan suami sekali.Kalo tak, sapa nak pegang si kecil dan si manja tu. Teringin gak aku nak cuba jus jus formula mcm yg diiklankan kat suratkhabar dan tv tu tp mcm takut le pulak karang jadi lain aku ni. Takut ada side effect ke apa ke kan. Sekarang ni aku tgh cari pelan pemakanan yg betul sbb aku dapati aku cepat lapar dan boleh makan beberapa kali dalam satu masa. Aku juga menghadapi masalah makan tak ikut jadual. Mungkin kerana kesibukan kerja di rumah dan pejabat jadi waktu yg sepatutnya aku makan aku skip, waktu orang nak tido aku dh lapo gile jd aku terpaksa makan utk memenuhi keinginan lapar tersebut. penyudahnya aku nye gastrik datang balik. Ari ni 1/06/2010. Sapa yg sambut besday tu aku ucapkan selamat ulangtahun kelahiran tp ari ni aku nak cerita apa yg berlaku sepanjang bulan Mei yg lepas. 2 Mei- aku buat kenduri doa selamat sempena majlis aqiqah afiq dan sambutan hari kelahiran afiqah yg jatuh pada 10 Mei. 18 Mei- Besday aku tp aku sibukkan diri dgn anak-anak. amik cuti sehari tp sibuk gi klinik utk check up dorang. 28 Mei- Hari Wesak dan hari anak bujang aku tumbuh gigi pertamanya..ekekekek..gigi kapak belah atas kiri. 04 Jun nnti- besday KUI (Kuizikel) ekekek dan juga ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 thn. tak g mana mana kot tahun ni walau dh rancang nak gi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Jadual kelas aku pack sangat semester ni jadi terpaksa post poned. Jadual kerja pun pack gak. selang 2 minggu mesti ada paper nak masuk mesyuarat. Dah mesyuarat, nak siapkan surat keputusan pulak. Takpe..simpan je duit tu kan, mana tahu ada rezeki nnti dpt gak spend masa bawak anak anak jalan tempat yg best. insyaallah. * bila melihat anak-anak semakin membesar di depan mata kita, rasa betapa cepat masa berlalu dan betapa kita ni dah tua rupanya..hehehe..jadi banyak banyakkan le beramal. Nasihat ini kutujukan utk diri sendiri yg selalu terlupa tentang tuntutan masa.
| |